Sampai disinikah kisah kita,
Cinta yang disemai sekian lama,
Kini terkubur begitu sahaja.
Masih adakah sayang di hati,
Masih adakah cinta di jiwa,
Masih wujudkah perasaan di sanubari.
Persoalan demi persoalan timbul,
Andai itu masih ada,
Masih mampukah untuk kita mempertahankannya.
Sampai bila,
Jika hati telah tiada cinta,
Katakanlah,
Supaya tiada yang merana di kemudian hari.
No comments:
Post a Comment