Kehidupan yang kita lalui kini pelbagai onak dan duri perlu ditempuhi. Kadang kala kita x bersedia pun untuk menempuh. Persoalannya, pernahkah masalah itu tanya dulu pada kita samada kita telah bersedia mahupun tidak???
Dan selalunya kita tak tahu samada kita mampu atau tidak untuk menempuh cabaran itu.
Kadang kala kita rasa x mampu untuk menempuh cabaran itu padahal Allah Maha Mengetahui dan Dia Maha Kuasa. Setiap cabaran dan dugaan yang kita tempuhi pasti kita mampu untuk lalui...InsyaAllah.
Dunia ini ibarat pementasan cuma dan ia hanyalah bersifat sementara. Cabaran dan dugaan yang kita lalui itu semua adalah ujian daripada Allah dan ini membuktikan yang Allah menyayangi kita.
Yang penting sekali dalam kehidupan ini apabila ditimpa musibah dan halangan, senantiasa berdoa pada Allah memohon petunjuk dan hidayah daripada-Nya. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah permudahkan jalan untuk hambanya.
No comments:
Post a Comment