Solat Sunnat Istikharah



Solat Sunnat Istikharah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah a

ku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertaw

akkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.


Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.


Tata Cara Shalat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala

Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”


Doa istikharah


Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

doa-istikhaerah


Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir




Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Dugaan dan Cabaran


Assalamualaikum...
Kehidupan yang kita lalui kini pelbagai onak dan duri perlu ditempuhi. Kadang kala kita x bersedia pun untuk menempuh. Persoalannya, pernahkah masalah itu tanya dulu pada kita samada kita telah bersedia mahupun tidak???

Dan selalunya kita tak tahu samada kita mampu atau tidak untuk menempuh cabaran itu.


Kadang kala kita rasa x mampu untuk menempuh cabaran itu padahal Allah Maha Mengetahui dan Dia Maha Kuasa. Setiap cabaran dan dugaan yang kita tempuhi pasti kita mampu untuk lalui...InsyaAllah.

Dunia ini ibarat pementasan cuma dan ia hanyalah bersifat sementara. Cabaran dan dugaan yang kita lalui itu semua adalah ujian daripada Allah dan ini membuktikan yang Allah menyayangi kita.

Yang penting sekali dalam kehidupan ini apabila ditimpa musibah dan halangan, senantiasa berdoa pada Allah memohon petunjuk dan hidayah daripada-Nya. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah permudahkan jalan untuk hambanya.

Sampai...


Sampai disinikah kisah kita,
Cinta yang disemai sekian lama,
Kini terkubur begitu sahaja.

Masih adakah sayang di hati,
Masih adakah cinta di jiwa,
Masih wujudkah perasaan di sanubari.

Persoalan demi persoalan timbul,
Andai itu masih ada,
Masih mampukah untuk kita mempertahankannya.

Sampai bila,
Jika hati telah tiada cinta,
Katakanlah,
Supaya tiada yang merana di kemudian hari.


Andai ku tahu


Andai ku tahu,
Dirimu tercipta untuk diriku,
Pasti ku mencari cintamu dari dulu.

Andai ku tahu,
Cinta ini akan mekar bila bersamamu,
Akan ku semai,
Akan ku bajai,
Akan ku jaga,
Sehingga ia mekar di halaman cinta.

Andai ku tahu,
Kita di takdirkan bertemu,
Dipersimpangan,
Pasti ku cari sebelum terlewat.

Andai ku tahu,
Kau tercipta untukku,
Ku dicipta untukmu,
Pasti kita akan kekal bersama selamanya
sayang...

Andai ku tahu,
Cinta ini akan terus mekar,
Tanpa ada noktah,
Dan...
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan kita.

Kini ku berdoa,
Semoga engkau dan aku bersatu,
Semoga engkau dan aku bersama,
Semoga engkau dan aku dijodohkan,
Semoga engkau dan aku kekal selamanya.
video

Sekiranya anda berminat dengan video ini....anda boleh la men"download" video ini dari link di bawah

http://www.linkyoutube.com/watch/?v=kuezZ7xS6hc
video

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku

Solomon Kane



Cite nie agak best sbb time aku tgk mmg aku ngantuk...last2 aku xleh tdo...HAHAHA...
so....klu aku tulis sinopsis dlm nie...xbest la...korang kena la p tgk...
Anyway...xpela...
Aku cite ckit sbnyk ttg mv baru nie...kisah ni berlaku entah tahun kurun keberapa ntah....mengisahkan ttg seorg anak raja yg membuat perjanjian dgn syaitan...jd...die kena berjuang utk menyucikan dirinya....dari di hntr ke neraka...tp...ada konflik di tgh2 cite...membuatkan lebih berDRAMA...huhu...